Selamat hari ulangtahun kemerdekaan Sarawak ke-57
Rabu, 22 Julai 2020, 9:15 am0
Pada 22 Julai 1963, #Sarawak telah diberikan hak berkerajaan sendiri oleh kerajaan British, dengan jangkaan akan menyertai penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September tahun yang sama.
Peristiwa ini dikira sebagai hari kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British, walaupun tidak dinyatakan secara tersurat.
Sambutan hari #merdeka Sarawak telah digazet pada tahun 2016. Sejak tahun 2012 lagi, rata² penduduk Sarawak mahukan sambutan ini dijadikan cuti umum untuk Sarawak, kerana sambutan hari kemerdekaan 31 Ogos hanyalah eksklusif untuk Malaya dan Borneo Utara.
Dan kita tahu siapa orangnya yang mencetuskan semangat patriotik orang Sarawak dalam mengenali sejarahnya. Ohaa! #mural
23 Julai 2020