Buat jalan depan rumah kebun DIY, minggu 5
Rabu, 19 Ogos 2020, 11:55 am
Projek #buatjalan kat rumah #kebun #Serian part korek² tanah dah nak habis.

① – Lapisan ke-3 tanah dah dikorek sampai habis, menghampiri pagar. Tapi tak betul² kat pagar, sebab pintu pagar tu nak dialihkan ke dalam sikit nanti.
Nanti jugak mungkin akan tebang dahan rambutan yang kat atas jalan ni. Dah macam nak kena Unser tu.

② – Tanah kat depan rumah ni dah diratakan habis. Sekarang hanya nak dibiarkan untuk beberapa minggu supaya mendap & padat, sebelum dilapis dengan batu.

③ – Sekarang jalan ni dah sama level dengan lantai depan rumah. Kiranya projek ni, untuk fasa ini, dah siap .
Masih ada lagi fasa lain, tunggu~.
Cara nak bayar secara self-checkout kat Emart Tabuan
20 Ogos 2020
Buat jalan depan rumah kebun DIY, minggu 4
18 Ogos 2020