Kadar cukai jalan di Malaysia Timur kekal, bulan depan nak renew road tax & insuran
Jumaat, 18 September 2020, 12:15 pm0
Berita – https://www.utusanborneo.com.my/2020/09/17/kadar-cukai-jalan-di-sabah-sarawak-terus-dikekalkan-wee
Terdapat perbezaan kadar cukai jalan di antara Sabah & Sarawak dengan Malaya, antara faktornya ialah keadaan #jalan. Kat Malaya banyak dibina jalan menyambungkan bandar, pekan & kampung, dan juga banyak lebuhraya berkualiti tinggi sampai dapat bawa lebih 200km/j. Memang padanlah kadar cukai lebih tinggi.
Kat sini, dari Sarawak nak ke Sabah pun kena lalu negara luar, kena buat pasport, belum lagi kena saman sebab undang² jalan raya yang berbeza & ada lagi caj lintas sempadan . Belum lagi cerita nak ke pedalaman, jalan tak siap², yang siap pun tak ikut spesifikasi sebab syarikat angkat tender songlap duit .
—
Cukai jalan kenderaan persendirian kat Malaysia adalah mengikut saiz enjin. Semakin besar enjin, semakin tinggi cukai. Ini mendatangkan sedikit masalah untuk pasaran #kereta terpakai. Walaupun harga kereta telah turun ke harga pasaran yang bergantung kepada permintaan, cukai jalan masih sama. Contohnya, Hilux 2.5L, harga dah turun ke 26k – 28k, tapi road tax masih 800 lebih. Bagi peminat kereta pula, yang nakkan BMW M3 3.0L, ada yang harga sampai bawah 15k, tapi road tax masih 2 ribu lebih.
Ada idea untuk memperbaiki struktur cukai jalan bagi kenderaan terpakai, yang rasanya saya pernah tonton kat Youtube. Ia menyatakan cukai jalan untuk kenderaan terpakai sebaiknya berdasarkan harga pasaran, bukannya saiz enjin.
Logiknya ialah, dulu undang² cukai jalan digubal pada era kereta berkuasa tinggi memiliki enjin lebih besar dan berharga lebih mahal. Golongan yang membeli kenderaan sebegini hanyalah orang yang berduit, jadi kira ok lah orang kaya bayar cukai lebih sikit.
Tapi sekarang, kereta enjin kecil pun harganya sampai 200k, contohnya Mercedes Benz C200 dan BMW 118i, kedua²nya 1.5L, sama saiz dengan enjin Myvi. Lagipun, kereta² enjin besar yang dah lama, kebanyakannya dimiliki warga emas yang dah pencen, ramai yang tak mampu lagi nak maintain bayar road tax mahal, akhirnya terpaksa menjual kereta kesayangan mereka yang masih dapat dipandu, ataupun ada yang biarkan road tax mati sehingga kereta rosak tak dapat berjalan.
—
Bulan depan nak renew road tax & insuran, ni tengah nak pilih sama ada guna MyEG lagi, atau nak cuba Bjak (https://bjak.my/), ataupun nak insuran murah, PrOmilej (https://www.poi2u.com/car-insurance/promilej) .
Petronas bayar cukai SST + harga petrol minggu ke-4 September 2020
19 September 2020