Lebuhraya banyak bulatan, Raon Kuching part 3
Selasa, 19 Januari 2021, 11:55 am0
Expressway #Kuching – #Samarahan ini adalah #jalan utama menghubungkan Kota Samarahan dengan Bandaraya Kuching. Ada 4 bulatan dibina sepanjang expressway ini, yang saya lalui dalam video, ada antaranya digelar bulatan terbesar di Malaysia, dan ada juga digelar bulatan sebesar bandar Kapit .
Asalnya bulatan² ini dibina untuk melancarkan pergerakan trafik, tapi pada pendapat saya, bulatan (roundabout) hanyalah solusi kos rendah untuk kadar trafik yang sederhana. Kalau untuk trafik 20 tahun lalu mungkin boleh lah, tapi sekarang dah tak dapat pakai lagi. Kereta lagi banyak daripada orang .
Ramai pemandu dah tak gemar dan tak cukup mahir nak masuk ke bulatan, yang seterusnya menyebabkan kesesakan jalan yang teruk, terutamanya di bulatan Tabuan Tranquility semasa waktu puncak (pergi / balik kerja).
Saiz bulatan yang besar juga menyumbang kepada masalah ini. Kenderaan yang dah masuk bulatan akan sempat memecut laju sehingga kenderaan dari simpang masuk yang lain tak dapat nak masuk bulatan mengikut halaju trafik.
Dalam video dapat dilihat sekarang sudah mula kerja² menaiktaraf bulatan dengan memasang lampu isyarat pintar, dan ada juga bulatan yang akan dibina jalan raya tembus terus (punch through) ⁽¹⁾. Ia merupakan penyelesaian jangka pendek, dan kerja pembinaan dijangka siap pada 14 Januari 2022. Untuk penyelesaian jangka panjang, akan dibina expressway baru dari Santubong terus ke Samarahan ⁽²⁾.
⁽¹⁾ https://www.theborneopost.com/2020/10/24/cm-state-govt-approves-new-samarahan-expressway-project/
⁽²⁾ https://www.utusanborneo.com.my/2020/10/24/petra-jaya-bakal-dihubungkan-terus-ke-samarahan-menerusi-projek-expressway
Tugu Buah Limau, mercu tanda pekan Bintangor
20 Januari 2021
Kucing kerja Grab + PKPB seluruh Sarawak
18 Januari 2021