Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Balik dari mesejid, bos kena hujan & jalan jem šŸš„

Jumaat, 9 April 2021, 2:00 pm0

Sambung lagi jalan macam bosĀ², dari Masjid Darul Hana, guna jalan berkembar hingga ke Matang Metrocity.

Kat laluan ini boleh lihat beberapa lokasi pembinaan di pembahagi jalan, dulunya nampak macam telaga sadako šŸ˜… ā½Ā¹ā¾, tapi sebenarnya projek membuat sistem pembentungan berpusat untuk bandaraya Kuching ā½Ā²ā¾. Yang anehnya binaan yang meninggi macam tiang menara tu dah takda lagi, mungkin dah habis test untuk check aliran air ok atau tak, sebab sistem ni alirkan air guna graviti.

Kemudian kat Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, dekat dengan Masjid Jamek, dulunya ada pokok angsana di sepanjang jalan ini, kemudiannya ditebang ā½Ā³ā¾, sekarang dalam proses untuk dibuat projek landscaping oleh DBKU ā½ā“ā¾.

Akhir sekali, pasaraya kat Metrocity Square dah buka 2 minggu lalu, saya belum lagi singgah Everrise kat sana. KedaiĀ² kat EcoMall yang menggantikan Giant Petra Jaya pun belum diabas lagi, tak nak bersesakĀ² time kobid sekarang ni.

Tengok video ni kat :

ā–¶ https://youtu.be/U1kYX3WeQp8

ā½Ā¹ā¾ https://azwan082.my/2020/08/apa-kegunaan-telaga-sadako-ni/
ā½Ā²ā¾ https://www.theborneopost.com/2017/05/26/package-2-centralised-sewerage-system-to-operate-soon/
ā½Ā³ā¾ https://azwan082.my/2021/01/pagi%c2%b2-jalan-pusing-satu-kuching-ini-siri-raon-kuching-dashcamdrive-part-1/
ā½ā“ā¾ https://dayakdaily.com/new-trees-to-be-planted-to-replace-iconic-trees-felled-in-petrajaya/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/282342703335546/

Pingback: Ada tak pokok kayu GMO?

Tulis komen: