Balik dari mesejid, bos kena hujan & jalan jem 🚥

Jumaat, 9 April 2021, 2:00 pm

Sambung lagi jalan macam bos², dari Masjid Darul Hana, guna jalan berkembar hingga ke Matang Metrocity.

Kat laluan ini boleh lihat beberapa lokasi pembinaan di pembahagi jalan, dulunya nampak macam telaga sadako 😅 ⁽¹⁾, tapi sebenarnya projek membuat sistem pembentungan berpusat untuk bandaraya Kuching ⁽²⁾. Yang anehnya binaan yang meninggi macam tiang menara tu dah takda lagi, mungkin dah habis test untuk check aliran air ok atau tak, sebab sistem ni alirkan air guna graviti.

Kemudian kat Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, dekat dengan Masjid Jamek, dulunya ada pokok angsana di sepanjang jalan ini, kemudiannya ditebang ⁽³⁾, sekarang dalam proses untuk dibuat projek landscaping oleh DBKU ⁽⁴⁾.

Akhir sekali, pasaraya kat Metrocity Square dah buka 2 minggu lalu, saya belum lagi singgah Everrise kat sana. Kedai² kat EcoMall yang menggantikan Giant Petra Jaya pun belum diabas lagi, tak nak bersesak² time kobid sekarang ni.

Tengok video ni kat :

▶ https://youtu.be/U1kYX3WeQp8

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/08/apa-kegunaan-telaga-sadako-ni/
⁽²⁾ https://www.theborneopost.com/2017/05/26/package-2-centralised-sewerage-system-to-operate-soon/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2021/01/pagi%c2%b2-jalan-pusing-satu-kuching-ini-siri-raon-kuching-dashcamdrive-part-1/
⁽⁴⁾ https://dayakdaily.com/new-trees-to-be-planted-to-replace-iconic-trees-felled-in-petrajaya/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/282342703335546/

Pingback: Ada tak pokok kayu GMO?

Tulis komen: