Jalan² jumpa boiler Simunjan di tepi jalan 
Ahad, 11 April 2021, 9:30 am
Pada zaman Rajah Putih hingga masuk zaman Jepun dulu, sekitar hujung 1930-an hingga 1945, #Simunjan menjadi pusat pelombongan arang batu, terutamanya di kawasan Gunung Ngeli ⁽¹⁾. Boiler yang digunakan untuk membakar batu arang sebelum bersedia menjadi bahan bakar ini, terletak di tepi jalan, di jalan masuk menuju bangunan Majlis Daerah Simunjan.
Kira² dalam tahun 2015 atau 2016, saya ada memandu melimpas boiler ini. Waktu tu binaan berbumbung yang melindungi boiler ini nampak usang, dengan struktur kayu & atap sheet metal yang nampak lama & lusuh.

① – Baru² ini, saya ada singgah lagi ke boiler ini, dan dapati di sekitar boiler telah dibina pagar, tiang kayu dah bercat baru & berbumbung baru, nampak seperti menggunakan atap shingles.
Kalau diikutkan gambar pada tahun 2019 ⁽²⁾, sepatutnya ada tulisan ‘Boiler Simunjan’, dengan perkataan ‘Boiler’ huruf merah, tapi sekarang hanya tinggal perkataan ‘Simunjan’, huruf I pun dah patah .

② – Lantai pun dah disimen baru, ditambah dengan batu² kecil.
Terdapat beberapa injap di sepanjang silinder boiler ini, dan banyak lubang kecil di hujungnya. Saya tak pasti bagaimana ia berfungsi, mungkin terdapat lagi sambungan ruangan di bawah tanah?

③ – Di simpang masuk ke bangunan Majlis Daerah Simunjan, terdapat tugu ‘Burung Munjan’ ni. Tugu ini dulunya terletak di Padang Sentral Simunjan, yang kini dikenali sebagai Taman Komuniti Simunjan ⁽³⁾.
Selain daripada cerita tentang arang lembap & tembakau lembap, burung munjan ini juga dipercayai menjadi asal usul nama Simunjan.
⁽¹⁾ http://simunjan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/sejarah/45-sejarah
⁽²⁾ https://goo.gl/maps/cURdrakaD8bKznZz8
⁽³⁾ https://azwan082.my/2021/04/taman-komuniti-simunjan-dalam-album-panorama-360/