
Khamis, 24 Jun 2021, 7:00 pm
Jalan² nampak ni dah nak sampai Serian.
Dari Simanggang, arah ke Kuching, kalau dah nampak pemandangan ni, tandanya dah nak sampai #Serian dah tu. Dengan Bukit Ampungan menjadi latar belakang, kalau perhati betul², boleh nampak stesen Petronas kat sebelah kiri, yang menunjukkan juga dah sampai simpang #jalan ke Gedong.
Gambar ni diambil bulan Mac lalu, jalan #PanBorneo masih lagi menggunakan dengan garisan kuning & banyak lencongan. Kali terakhir saya pandu kat sini bulan lalu, dah guna garisan putih, trafik menggunakan lorong sebelah kiri & tinggal satu dua lencongan saja.
Komentar