Spageti segera Thalia vs Master Pasto
Khamis, 10 Jun 2021, 9:00 pm0
Sebelum membandingkan perbezaan, saya senarai dulu persamaan kedua² jenama produk ni:
Berat – 300g, jadi amaun spageti yang diperoleh juga lebih kurang sama, cukup untuk satu hidangan seorang.
Daging tambahan – daging ayam.
Perbezaan:
Packaging – brand Master Pasto menyimpan spageti & sos pada paket plastik seperti makanan askar (field ration) yang berasingan. Kedua²nya kena dikeluarkan dari bungkusan sebelum dipanaskan. Brand Thalia pula lebih mudah, semua dalam bekas, hanya perlu buat lubang pada penutup plastik sebelum dipanaskan. Brand Master Pasto ada sediakan garpu plastik manakala Thalia takda.
Sos #pasta – brand Master Pasto mempunyai sos yang lebih manis, mungkin ditambah gula lagi pada sos marinara.
Daging ayam – isi ayam brand Master Pasto nampak seperti isi ayam vegetarian, walaupun ada kepingan kecil ayam sebenar. Manakala Thalia berikan bebola isi ayam.
Bagi saya, saya lebih suka #makan brand Thalia, sebab rasa sos pasta yang lebih original, dan juga daging yang diberi lebih banyak .