Jambatan Gantung Satok, dalam album panorama 360

240836369_369432327959916_8622463964883801009_n.jpg

Sabtu, 28 Ogos 2021, 1:00 pm763

Jambatan Gantung Satok yang pertama dibuka pada penghujung tahun 1926 di mana dibina untuk menghubungkan saluran paip bekalan menyeberangi Sungai Sarawak. Jambatan ini juga menghubungkan penduduk untuk menyeberang sungai di mana hanya pejalan kaki dan kenderaan ringan dibenarkan.

Jambatan Satok yang pertama telah ditutup kepada umum pada tahun 1992 dan berlanjutan sehingga runtuh pada 7 Oktober 2004.

Jambatan Satok yang baharu digunakan untuk pejalan kaki dari kawasan Satok menyeberangi Sungai Sarawak ke Medan Niaga Satok.

Dek jambatan berukuran 213 meter panjang dan 3 meter lebar.

Jambatan ni dibuka kepada umum 20 Ogos lepas ⁽¹⁾, menjadi satu lagi bandaraya . Petang² datang ke sini tengok ramai orang ambil gambar pemandangan guna phone, DSLR & dron. Ada juga pasangan pengantin yang ambil gambar perkahwinan di sini. Dari sini dapat nampak Gunung Serapi, Masjid Jamek, DBKU, Gunung Santubong, bangunan DUN lama & baru, dan bangunan Masja. Bila ada angin bertiup, jambatan ni ada rasa beringgut sikit, jadi kalau cepat panik, tak dapat la jalan² sini 😅.

Ada juga yang berjoging di sini, dan boleh guna basikal tapi mesti disorong, jangan berkayuh atas jambatan. Ada banyak bangku disediakan untuk duduk², tapi tak dibenarkan memancing di sini. Ini saya kurang setuju, sebab kaki pancing akan berhenti & meletakkan motosikal di tepi jalan jambatan utama yang mengganggu trafik. Lebih baik benarkan mereka memancing di sini, tak la membahayakan mereka di atas jambatan jalan utama.

Tengok rupa atas jambatan gantung ni dalam album :

⁽¹⁾ https://dayakdaily.com/satok-suspension-bridge-restored-to-its-former-glory-now-open-to-the-public/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/369432364626579/

Tulis komen: