Tukar lampu kecil depan Perodua Viva kepada jenis LED
Sabtu, 6 November 2021, 9:55 pm0
Bukan lampu depan utama yang menyuluh tu, ni mentol kecil yang kat lampu depan, terang dia cukup² bagi orang lain nampak ada objek kat jalan.
Mentol lampu ni kat #vivaturbo saya dah hangus tungsten dia. Alang² dah nak tukar baru, pilih jenis LED terus.
① – Mentol kecil ni jenis T10, bukan saja diguna pada lampu depan, tapi juga lampu dalaman #kereta.
Saya beli mentol LED ni kat Mr. DIY, harga dalam RM8 sepasang. Ada juga brand murah RM2 tapi tak pasti terang ke tidak.
② – Cara nak cabut mentol lama, kena pusing sikit pemegang mentol tu, pastu bila rasa dah tertanggal dari soket dia, dapat buka terus dari housing lampu.
Mentol tu pula hanya perlu cabut guna jari, tak diikat dengan apa² skru atau nat. Nak pasang LED baru pun, hanya tekan masuk ke dalam pemegang mentol.
Nak pasang balik pemegang pada housing lampu, kena pusing² pemegang untuk cari sudut masuk yang tepat ke dalam housing. Bila dapat sudut yang betul, cuma tekan masuk dalam housing & pusing sedikit untuk kunci pemegang tu.
③ – Cahaya dari mentol LED nampak lebih terang & putih daripada halogen. Puas hati dengan mentol ni, pasang secara #DIY pun mudah. Takda lagi kereta nampak buta sebelah .
Capsicum dah mula berbunga, tak lama lagi keluar buah
7 November 2021