Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Biskut coklat premium zaman budak² dulu

269511450_448867300016418_4276960315825071133_n.jpg
270186895_448867303349751_568495126485568287_n.jpg

Ahad, 2 Januari 2022, 9:50 pm0

Seingat saya dulu waktu kecil², biskut wafer coklat Apollo ni hanya dapat dimakan waktu ada majlis atau parti. Kadang² dijadikan hadiah pertandingan kat sekolah, dah kira biskut premium sebab jarang² dapat makan, selalunya biskut kering jak kat rumah.

Bagus sejuk² waktu coklatnya masih keras (tak cair), rasanya memang cukup sedap manis coklat.

Tapi bila check kat maklumat pemakanan, mana tak, setiap 100g ada 35g gula 😱.

Bagi saya, apa² makanan yang mengandungi lebih 10g gula dalam 100g adalah terlebih manis 😬.

Nasib baik kecil² dulu tak dapat selalu makan, kalau tak, berisiko kena obesiti sebab biskut ni 😷.

Seingat saya lagi, wafer ni ada perisa vanilla krim, tapi bungkusan warna sama, hanya tulisan yang lain. Kalau tak baca label, bila buka terus dirundung kekecewaan sebab expect dapat coklat tapi dapat vanilla 😂.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/448867370016411/

Tulis komen: