Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Naik feri ekspress ke Butterworth

271687111_453578416211973_3956245964901073614_n.jpg
271758163_453578392878642_7500943030779829576_n.jpg
271749598_453578406211974_6182296530415327454_n.jpg
271728258_453578452878636_8121172920047953173_n.jpg

Isnin, 10 Januari 2022, 9:45 pm0

Sebelum ni belum pernah lagi saya naik dari Georgetown ke Butterworth – feri ikonik Penang yang dah dihentikan perkhidmatan ⁽¹⁾.

Tapi saya dengar cerita daripada tauke jual kereta kat Butterworth, feri Penang tersebut, yang asalnya bawa penumpang & kenderaan, sekarang hanya menghantar pembonceng motosikal saja.

Untuk penumpang pula, boleh naik feri ekspress dari Jeti Swettenhem, secara percuma sepanjang tahun ni, untuk ke seberang, mendarat di Penang Sentral.

Untuk kenderaan lain, kena guna Jambatan Pulau Pinang.

Feri ini merupakan mod pengangkutan yang paling murah untuk bergerak antara pulau & tanah besar Penang.

Kalau nak cuba naik, pergi ke Swettenhem Pier, ada papan tanda menunjukkan arah ke Jeti Butterworth. Hanya perlu masuk ke ruangan menunggu & duduk sekejap sementara feri tengah datang, tak perlu bayar atau ambil tiket.

Feri ekspress yang digunakan adalah feri terpakai dari Langkawi. Suasana dalam rasa macam naik belon, siap ada aircond & susunan tempat duduk selesa seperti dalam kapal terbang.

Selesa dia rasa macam terus nak tidur, tapi perjalanan ke seberang sekejap saja, dekat 10 minit saja. Tengok video tinjau² dari dalam feri kat sini:

@azwan082_my

Naik feri ekspress ke Butterworth. #penangmove

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

Bila dah sampai jeti Butterworth, kena berjalan masuk ke Penang Central. Kat sini belum ada escalator lagi, jadi warga tua ada susah sikit nak menaiki tangga.

Dalam Penang Central, akan masuk ke tingkat 2. Tingkat 1 kat bawah adalah tempat untuk ambil bas . Tingkat 3 kat atas pula untuk ambil teksi atau Grab, atau kenderaan awam.

⁽¹⁾ https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1912550

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/453578516211963/

Pingback: DasAuto masuk wad + bas & feri Rapid

Tulis komen: