Bisnis tulur itik
Selasa, 1 Mac 2022, 10:55 pm0
Pagi² saya selalu dengar Buletin FM. Sekarang tengah berlangsung program Usahawan Buletin FM, siapa menang dapat slot pengiklanan kat #radio.
Setakat ini, peserta pagi tadi yang saya dengar, agak menarik – bisnes telur #itik.
Bisnes biasa² saja, ternak itik, kemudian kutip telurnya, separuh jual mentah & separuh lagi buat telur masin.
Dato’ KK Chua ada komen, industri telur itik ni masih belum ada leader lagi, jadi ia adalah segmen yang seksi. Maksudnya, potensi untuk bisnes berkembang tu adalah tinggi.
Antara lain maklumbalas yang saya masih ingat lagi, ialah antara perkara yang perlu dilakukan oleh businesswoman ini ialah berkenaan pengurusan ladang.
Sebelum ni pun saya ada pernah cuba ternak #ayam kampung, jadi ada sedikit idea yang saya terfikir boleh diimplementasi pada sistem pengurusan reban atau ladang itik ni, seperti:
Dalam satu reban, berapa ratus ekor itik dapat diternak. Ia mengambil kira banyak faktor seperti umur itik, jantan betina nak campur atau asing, berapa kilo dedak dan berapa liter air nak bagi, berapa kerap nak bagi makan.
Kemudian untuk memastikan bilangan itik sentiasa pada paras yang optimum, bagaimana strategi untuk mendapatkan benih, nak beli anak itik atau buat sistem breeding / inkubator dalam reban, kenalpasti penyakit biasa pada itik & apa ubat² yang perlu disediakan, dan itik yang dah tua tak bertelur lagi nak buat macam mana, nak jual hidup atau sembelih & proses jadi daging itik.
Untuk semua persoalan ini, kena buat keputusan supaya tahu berapa luas & berapa banyak fungsi reban atau ladang itik itu nanti, dan dapat fokus kepada aktiviti yang penting berdasarkan model bisnes. Contohnya kalau hanya nak beli anak itik, tak perlu buat sistem breeding, kalau nak jual saja itik tua, tak perlu buat tempat sembelihan & penyimpanan daging itik.
Ok, cukup untuk hari ni, esok cari megi telur masin .
Video: https://youtu.be/rFkGV4cQ3Ss
3 Mac 2022
27 Februari 2022