Review nasi ayam gerai bazaar Ramadan kat Bayan Baru
Jumaat, 29 April 2022, 9:40 pm

Dah nak habis bulan #puasa, barulah buat review menu sungkai & sahur yang kerap saya beli tahun ni. Biasanya saya masuk ke #bazaar melalui pagar bertentangan dengan Kompleks Sri Selera Bayan Baru (bahagian bawah gambar).

Nasi tomato ayam ni dijual kat gerai di hujung bazaar bertentangan dengan pintu masuk yang saya nyatakan tadi. Rasa nasi & ayam dia ok, cuma ayam dia agak keras sikit. Harga RM7 sebungkus.

Saya suka nasi ayam jenis ni, sebab ayam dia jenis panggang biasa, tak ada bubuh pewarna. Lepas tu ada beri sup, sos cili manis & kicap kat dalam. Harga RM7 sebungkus. Gerai dia terletak kat tengahΒ² bazaar.


Gerai ni paling best, terletak betulΒ² kat tepi pintu masuk, sebelah kanan. Ada pelbagai menu nasi ayam dengan nasi yang warna-warni. Rasa dia pula terbaik!
Ayam cukup rasa manis masin & lembut isinya. Nasi pula cukup lemak & lembut, tak kering walaupun saya simpan dalam peti sejuk untuk #makan sahur. Harga murah sikit RM6 sebab tak bagi sup.

Menu dari gerai yang sama seperti nasi ayam terbaik tadi. Ini menu dengan harga paling tinggi yang saya beli iaitu RM9, sebab ayam dia besar, ada beri sambal, sup & tempe. Nasi dia pula nasi putih saja, tak bagi nasi warna-warni .
Semua menu nasi ayam ni, sayur dia semua sama – daun salad
beserta hirisan timun
atau tomato
.
1 Mei 2022
Bayar zakat fitrah online bagi penduduk Penang
27 April 2022