Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tak lama lagi penggunaan MySejahtera mungkin akan dimansuhkan

Ahad, 3 April 2022, 10:30 pm0

Oleh itu artikel ini ditulis untuk merekodkan cara guna aplikasi ini, supaya di masa depan nanti kita dapat tengok balik pada satu tempoh di mana seluruh rakyat Malaysia pernah menggunakan satu aplikasi yang telah mengubah cara hidup akibat pandemik .

277522178_504000037836477_4974021242173251308_n.jpg
Antara muka aplikasi dalam .

Ketika pandemik melanda, pergerakan rakyat telah disekat & untuk bergerak ke satu tempat walaupun dekat, kena ada cara untuk mengesan pergerakan tersebut. Oleh itu, aplikasi MySejahtera telah dicipta untuk tujuan mengesan pergerakan & kontak orang ramai dengan pesakit Covid-19 (contact tracing), supaya dapat mengekang penularan.

Di setiap lokasi seperti pasaraya, kedai, pejabat, bangunan kerajaan, hinggalah ke taman rekreasi & tandas awam semuanya dikehendaki ditampal kod QR yang dijana oleh aplikasi ini.

Setiap orang dikehendaki memasang aplikasi ini di telefon pintar masing². Sebelum memasuki sesuatu tempat atau kawasan, kena imbas kod QR ini, untuk merekod kedatangan.

277559067_504000284503119_5543039066941310565_n.jpg
Kod QR ditampal depan pintu masuk ke Suntech.
277310706_504000391169775_6605549806916516349_n.jpg
Sebelum masuk lif.
277533336_504000614503086_7971100941788673738_n.jpg
Dalam lif pun ada, kalau terlupa nak scan kat luar.
277575250_504000844503063_5165025109653908503_n.jpg
Kat laluan masuk ke medan selera. Eh, ada 😸.
277579470_504000871169727_3769175985039473623_n.jpg
Yang ni kat kedai dobi.

Selain daripada kod QR MySejahtera, pemilik premis juga dikehendaki menyediakan pengimbas suhu badan. Orang ramai yang mempunyai suhu badan 37.5℃ ke atas tidak dibenarkan masuk.

Bagi mereka yang tiada telefon pintar, buku log ada disediakan bagi menulis nama, masa & suhu badan. Ini kaedah asal pengesanan kontak pada awal musim PKP lalu (Mac-Mei 2020), sebelum wujudnya MySejahtera.

Tetapi kedua² SOP untuk mengimbas suhu badan & menulis nama dalam buku log telah pun dimansuhkan Februari lalu ⁽¹⁾.

277590384_504000914503056_8479292010776297592_n.jpg
Pencuci atau pensanitasi tangan juga digalakkan untuk disediakan.

Pada awalnya, ada tempat menyediakan sinki & sabun cuci tangan seperti di kedai SK Hardware & Emart Batu Kawa, sebelum berleluasanya penggunaan cecair pensanitasi tangan yang mengandungi alkohol – tak perlu air.

Ada juga yang mencipta alat untuk memicit botol pensanitasi tanpa menggunakan tangan ⁽²⁾, dan banyak juga versi menggunakan paip PVC ⁽³⁾.

Berbalik dengan aplikasi MySejahtera, selain daripada tujuan pengesanan kontak, ia juga digunakan untuk tujuan rekod vaksinasi. Program vaksinasi Covid-19 telah dilaksanakan di seluruh Malaysia, bermula pertengahan 2021.

Maklumat temu janji untuk mendapatkan suntikan telah disampaikan melalui aplikasi ini. Setelah selesai pengambilan dos vaksin termasuk dos penggalak, sijil digital vaksinasi juga telah disimpan di dalam aplikasi ini.

Buat masa sekarang sebilangan ⁽⁴⁾ negara ⁽⁵⁾ telah mengiktiraf sijil vaksinasi pada MySejahtera.

Terdapat ura² mengatakan SOP mengimbas kod QR MySejahtera ini akan ditamatkan dalam tempoh sebulan lagi ⁽⁶⁾. Di samping itu wujud keraguan mengenai keselamatan data yang tersimpan dalam aplikasi ini selepas pengendalinya bertukar tangan ⁽⁷⁾.

Persoalan sekarang, sekiranya aplikasi ini dimansuhkan terus, bagaimana cara untuk menyimpan rekod vaksinasi, bagi tujuan untuk memasuki negara asing? Adakah perlu cetak sijil ini & laminate jadi kad? Nanti bagaimana nak kemaskini sijil kalau ada dos ke-4, ke-5 … keseratuslimapuluhtujuh? 🤕

⁽¹⁾ https://www.kosmo.com.my/2022/02/08/sop-cek-suhu-dan-buku-check-in-dimansuhkan-bermula-11-februari/
⁽²⁾ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/568619/ez-sanitizer-inovasi-terbaharu-mpm-metrotv
⁽³⁾ https://siakapkeli.my/2020/04/16/video-kreatif-betul-rekaan-alat-pemicit-hand-sanitizer-tanpa-guna-tangan-raih-pujian/
⁽⁴⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/922913/malaysia-filipina-capai-kata-sepakat-iktiraf-sijil-vaksinasi-covid-19
⁽⁵⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/940056/malaysia-dan-qatar-setuju-saling-iktiraf-sijil-vaksinasi-pm
⁽⁶⁾ https://www.astroawani.com/video-malaysia/mysejahtera-penggunaan-pengimbas-kod-qr-mungkin-ditamatkan-1960379
⁽⁷⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/940827/data-mysejahtera-milik-penuh-kerajaan

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/504004221169392/

Tulis komen: