Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tikus ni punca kekurangan ayam

322107100_487095490214052_2775185145550257582_n.jpg

Isnin, 26 Disember 2022, 8:55 pm0

Dulu waktu saya cuba menternak kampung, tikus selalu cuba makan anak ayam yang masih kecil, sehingga saya buat sangkar anak ayam kalis tikus ⁽¹⁾.

Sesetengah ayam yang dah besar pula, terutamanya mak ayam, akan menyerang & makan balik tikus tu.

Cerita viral di kedai mamak baru² ni, tikus tu makan balik ayam yang digoreng. Begitulah kitaran hidup 🥸.

Ni baru tadi, kat sebuah serbaneka, tengah cari² bekas tupperware, ada pula seekor tikus berjoging melintas laluan antara rak. Anjat boboi 😬.

Oleh itu, sebagai khidmat pesanan masharakat, lepas beli bekas tupperware atau perkakas dapur, cuci dulu sebelum digunakan, takut ada tikus yang dah tidur dalam bekas tu 😱.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2019/12/sangkar-anak-ayam-kalis-tikus-diy/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/825382595295321/

Tulis komen: