Sungkai kat parking Giant

Selasa, 4 April 2023, 8:45 pm
Pagi tadi lambat sampai ofis, #jalan naik bukit ada 3 biji kenderaan tersadai tepi jalan dua lorong – bas kilang, kereta kancil & lori peti ais, banyak kenderaan mengengsot naik bukit.
Jadinya, kenalah balik lewat untuk cukupkan jam bekerja. Alang² tak sedia juadah berbuka #puasa kat rumah, tambah lagi rasa nak demam kena aircond ofis, sungkai dalam kereta jak lah.
Beli menu agak rahmah #McD, nasi lemak dengan teh tarik, RM7. Kemudian berpeknik kat tempat parking #pasaraya Giant yang banyak kosong ni.
Aman seketika .
1 April 2023