Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Macam dah lama tak makan sushi 🍱

887E0193-7C2E-4D45-B671-97E95BF49D8C.jpeg

Rabu, 18 Oktober 2023, 10:55 pm0

Kat sini tak ada macam Emart ⁽¹⁾, ada jual sushi & kuih-muih ⁽²⁾ kat bahagian pasar basah.

Pasaraya yang ada jual makanan sedia dimakan pun hanya jual menu tempatan biasa, pastri, ayam panggang atau menu rahmah, seperti di Giant & Mydin.

Sushi ini beli kat Aeon Mall, Klebang. Dulu² masa kat UTP, kalau ada ke Ipoh hujung minggu, mesti singgah Aeon (sebelum ni namanya Jusco) beli sushi, makan cicah wasabi, rasa berasap lubang hidung 😤.

Satu set sushi ni, dengan ebi onigiri (udang goreng tepung letak atas nasi sushi), jumlahnya RM19.90, rasa macam tak jauh beza harganya dengan 15 tahun lalu.

P.s: dah lama tak masuk car park Aeon Mall, sesat sekejap bila nak cari jalan keluar, terpusing² kat kawasan parking tingkat paling atas 😅.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/04/seminggu-lagi-start-puasa-hari-ni-saya-belanja-sushi-emart-/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/05/mencuba-kuih-angku-pulut-panggang-edmunds-homemade/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/998383194661926/

Tulis komen: