Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Kali terakhir naik LRT 15 tahun lalu

283546A8-6091-440B-B2F5-F62FFBA3E57C.jpeg

Isnin, 18 Mac 2024, 5:50 am0

Sekarang dah tak pakai kad untuk masuk lalu pagar.

Dulu² kena beli tiket dari kaunter, sekarang dah ada disediakan kiosk untuk beli tiket untuk LRT, MRT, monorel & komuter.

Tapi kiosk buat masa sekarang hanya terima duit tunai, belum dapat guna kad debit/kredit lagi. Kalau dapat pakai e-wallet Touch n Go atau terus guna kad TnG lagi senang. Update 4/5/2024: dah boleh bayar pakai kad debit atau kredit ⁽¹⁾.

Dalam display kiosk, kena pilih nak naik tren yang mana satu berdasarkan laluan yang ada. Contoh kalau dari Sentral nak ke KLCC, pilih LRT laluan ke Putra Height, kemudian pilih stesen yang nak dituju, bilangan penumpang, dan akan dipaparkan jumlah yang perlu dibayar.

Lepas bayar, akan diberi token, berbentuk duit syiling berwarna biru & wang baki kalau ada. Masa nak masuk pagar, kena scan token tu kat pagar. Bila nak keluar, masukkan token tu dalam pagar macam masukkan duit syiling dalam tabung.

Dulu² seingat saya, tiket diberi dalam bentuk kad. Semasa masuk pagar, masukkan kad tu pada slot pada pagar, nanti akan diberi balik selepas melintas pagar masuk. Bila keluar, sama juga masukkan kad pada slot tapi kad tu tak akan diberi balik.

Trivia: KL Sentral dilabelkan KJ15 yang bermaksud stesen ke-15 dalam LRT laluan Kelana Jaya.

P.s: Dulu² waktu intern kat KL belum ada lagi MRT, jumlah stesen pun masih sedikit & Terminal Bandar Tasik Selatan masih lagi dalam pembinaan.

⁽¹⁾ https://paultan.org/2024/05/02/debit-and-credit-cards-can-now-be-used-for-rapid-kl-ticket-and-my50-mycity-travel-pass-purchases/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1082904979543080/

Tulis komen: