Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Singgah pusat membeli-belah yang ada sungai dengan ikan keli gergasi di dalamnya

Khamis, 23 Mei 2024, 9:45 am0

Lebih tepat, terusan yang menghubungkan dua tasik bekas lombong dedah bijih timah terbesar di dunia.

664260E2-E48C-4FB5-990B-5802544E79CF.jpeg
The Mines Shopping Mall,

Tasik utara bersaiz 150 ekar – 2 km panjang, 1 km lebar, 200 meter dalam. Manakala tasik selatan pula sebesar 56 ekar.

Ada beberapa pakej menaiki bot menjelajahi kedua² tasik:

Greenery Cruise

  • Dewasa – RM25
  • Kanak² – RM18
  • Tempoh – 30 minit

Wawa Splash Tour

  • Dewasa – RM30
  • Kanak² – RM20
  • Tempoh – 30 minit

Discovery Cruise

  • Dewasa – RM40
  • Kanak² – RM28
  • Tempoh – 50 minit

Amazing Cruise

  • Dewasa- RM50
  • Kanak² – RM38
  • Tempoh – 70 minit

Kualiti air tasik boleh dikira ok, ada sedikit sampah sarap, namun tak berbau, bahkan ada banyak ikan hidup sihat menandakan kualiti air yang sesuai untuk hidupan.

Tengok ikan keli yang pengunjung beri makan roti dalam video ni, saya agak² saiznya dah sebesar paha lelaki dewasa 😲:

@azwan082_my

Beri makan ikan keli besar² kat sungai dalam shopping mall The Mines.

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

Shopping mall ini lengkap dengan pelbagai jenis kedai:

  • Kedai pakaian – YFS, Dr. Cardin, Sports Planet – pergi SP tengok² kalau ada jersi pasukan bola kelab atau kebangsaan.
  • Kedai makan – McD, KFC, Starbucks, Gigi Coffee, Mixue, Sushi King, Chisu, Tealive, Coolblog, Seoul Garden, Pizza Hut dan macam² lagi.
  • Kedai elektronik – Huawei, Samsung, Urban Republic, SenQ, Switch – saya pergi test pakai iPhone, iPad & MacBook baru, survey² jak dulu 😁.
  • Kedai aksesori elektronik – Ustaz – serius, nama kedai tu Ustaz, jual phone case, USB cable, speaker bluetooth 😅.
  • Farmasi – Watson & Guardian
  • – Lotus’s
  • Panggung wayang – TGV
  • Kedai serbaneka – FamilyMart, MyNews, 7E
  • Kedai muzik Yamaha – nak singgah tapi takut terbeli gitar baru 😂.
  • Kedai permainan arked – Fun Factory
  • Kedai hardware – Mr. DIY, Ace Hardware
5E6E83C0-4FCD-4C18-8154-EA8D7F6E1C58.jpeg
Kedai Ace Hardware banyak barang dari Amerika.

Saya ikuti channel Modern Builds (oleh Mike Montgomery) dan Homemade Modern (oleh Ben Uyeda), kedua²nya Youtuber USA yang selalu mempromosi produk kerja² pertukangan.

Di kedai ini barulah saya ada terjumpa barangan jenama tersebut, seperti cat sembur Krylon & Rust-oleum, juga produk gam kayu jenama Gorilla & Titebond.

Disebabkan ianya import, harga dia jangan ditegur, sebotol cat sembur tu dah RM70 😭.

4F4FBF6E-10C5-4E3E-B73C-3491221F003A.jpeg
Antara produk lain yang menarik perhatian saya di Ace Hardware.

Atas – gas canister (propane / butane), atau gas memasak untuk camping, selalu saya tengok digunakan camper kat Korea. Kat sini tak banyak dapur (stove) portable yang pakai gas jenis begini, kebanyakannya jenis bentuk botol spray cat tu.

Bawah – ada connector & valve untuk tiub LDPE 16mm yang digunakan dalam sistem hidroponik. Kalau Mr. DIY mana ada jual produk spesifik begini.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1123059975527580/

Tulis komen: