Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Demam 3 minggu 😷

749A7367-02D3-4FE3-B99F-4F3C8311F0C9.jpeg

Jumaat, 19 Julai 2024, 5:30 pm0

Sebelum tu, kali terakhir update SOP C-19 adalah setahun yang lalu ⁽¹⁾.

SOP terkini, dirawat sama seperti penyakit saluran pernafasan yang lain ⁽²⁾, tak perlu update MySejahtera ⁽³⁾.

Awal bulan ni, saya kena selsema & batuk, time nak tidur hidung tersumbat, susah nak tidur, jadinya tak cukup tidur. Badan tak dapat kena angin, nanti rasa menggigil. Tapi sekurang²nya masih ada selera makan.

Makan panadol setiap 4 jam sebagai penahan sakit, tapi selsema & batuk masih tak berkurangan ⁽⁴⁾. Terpaksa kerja dari rumah.

Masuk minggu ke-2, ada rasa sedikit kebah, hujung minggu pergi melawat kedai barang camping Decathlon kat Gurney Paragon, singgah kedai CU makan dessert (gambar). Balik rumah, demam makin teruk. Cancel plan jalan² cuti awal muharam.

Selsema & batuk sedikit kurang tapi demam makin teruk. Tak dapat kena kipas angin, confirm menggigil, tidur pun berbungkus walaupun cuaca hangat.

Yang tak bestnya demam bila hilang selera makan. Minum air kosong pun lidah rasa lain macam, rasa pahit². Nak makan pun mesti makanan yang kuat rasanya, kalau tak aftertaste kat lidah tu macam ada rasa sabun 🥴.

Disebabkan hilang selera makan, badan pun jadi dehidrasi, kurang air, ditambah lagi dengan cirit-birit. Terpaksa minum air 100 plus supaya badan dapat air mencukupi & hanya makan bubur. Beginilah rutin untuk minggu ke-2.

Sekarang minggu ke-3, dah datang balik selera makan & dapat minum air selain 100 plus. Cirit-birit pun dah kurang.

Antara lain yang tak best bila kena demam ialah tak dapat nak bersenam. Pada minggu pertama dapatlah sekurang²nya mengayuh basikal untuk 20 minit, tapi lepas tu sekarang dah 2 minggu tak dapat eksesais, badan pun rasa makin lemah.

Nak kena restart balik rutin , bermula dengan cuci rumah, vakum & mop lantai, biar badan sedikit berpeluh kena aktiviti fizikal, sebelum mula balik angkat besi.

Mungkin bulan ni bulan orang sakit, tengok berita Tun M batuk² ⁽⁵⁾, Joe Biden pula kena C-19 ⁽⁶⁾.

Cerita pasal presiden US, ini reel susulan insiden tembakan McDonald Trump ⁽⁷⁾:

Tengok kat Instagram

@azwan082

😅

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/07/perubahan-terkini-sop-pelitup-muka/
⁽²⁾ https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-pengurusan-covid-19-hidup-bersama-covid-19
⁽³⁾ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tidak-perlu-lagi-kemas-kini-status-covid19-dalam-mysejahtera-kkm-479237
⁽⁴⁾ https://azwan082.my/2024/07/hai-obat-hai-obat/
⁽⁵⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1273024/tun-m-dirawat-di-ijn-kerana-batuk
⁽⁶⁾ https://www.bernama.com/en/news.php?id=2318935
⁽⁷⁾ https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-shot-right-ear-rally-source-says-shooter-dead-478947

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1158527675314143/

Tulis komen: