Dekat 2 bulan tak kayuh basikal

FC9872A2-5F76-4B2D-A4F8-CFBE8616A1F6.jpeg

Sabtu, 2 November 2024, 5:25 pm0

Tak ada tempat yang sesuai nak letak basikal + trainer ni.

Letak dalam bilik stor, rasa kekurangan oksigen, selalu menguap, mungkin disebabkan bilik kecil & selalu tertutup.

Letak antara ruang makan & dapur, nampak menyempitkan & mengganggu pergerakan.

Hujung² letak kat tepi ruang tamu begini, ruang yang tak ada laluan trafik. Sambil dapat tengok TV sekali 😁.

Sebelum ni rutin berbasikal saya adalah 2-3 hari seminggu, 20-30 minit satu sesi. Nak kena restart balik rutin begini, restore balik kekuatan kaki & lower body 🏋️‍♀️, dan juga seimbangkan semula hormon endorphins.

🐬

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1232355184598058/

Tulis komen: