Kertas pembungkus burrito ni memang susah nak buka ka?
Ahad, 12 Januari 2025, 8:55 pm


Ini review merasa Texas Chicken. Menu² mereka ada macam kacukan KFC & Taco Bell, gabungan makanan Amerika & Mexico. Yalah, dah nama Texas, dulu² Texas adalah wilayah Mexico.
Ada burger, fries, ayam goreng & wrap (burrito). Yang ini set mexicana wrap, pedas sikit isi ayam dalam wrap tu, dengan inti lain seperti daun lettuce, nacho & bawang merah.
Bubuh sikit sos tomato yang diberi untuk tambah rasa masam² sikit, sebab biasanya orang #makan burrito ada perah limau atau lemon.


Rasa macam dah lama tak makan ayam goreng, lebih² lagi ayam kepci. Dah banyak saingan sekarang, makin banyak restoran & gerai yang tahu resipi tepung goreng & cara goreng ayam yang lebih sedap dari kepci.
Air minuman Texas Chicken pula sedikit berbeda. Mereka hanya bagi cawan kertas saja, lepas tu kita sendiri pergi pilih minuman apa & isi sendiri kat dispenser. Tapi macam biasa, semua air gas, air Sprite diorang terlalu manis .
Sekian review semadi nadai, akhir kata:
Dari api di California,
Palestin pasti merdeka.
Spageti dengan kari roux jepun, jadikah?
16 Januari 2025
Tukar lampu depan halogen reflector kepada LED projector
4 Januari 2025