Kat Korea tak pernah driving pun dapat lesen memandu?

Jumaat, 18 April 2025, 9:25 pm
Lama dah tak cerita pasal #RunningMan, sekarang dah ada sejumlah 3 member sewaan.
Konsep member sewaan ni muncul lepas Jeon So Min keluar ⁽¹⁾. Mereka nak bagi peluang mana² selebriti untuk ‘menyewa’ tempat yang dikosongkan So Min untuk beberapa episod, bagi menunjukkan bakat #candawara mereka, seterusnya menaikkan populariti mereka.
Member sewaan pertama ialah Kang Hoon, muncul dalam beberapa projek perlawanan bola dan futsal. Kedua ialah Ji Ye Eun, sekarang dah jadi member tetap sejak episod 733 hujung tahun lalu.
Member sewaan ketiga, Choi Daniel yang clumsy, suka borak² kosong dan selalu bagi komen direct, menyertai pada episod 748, dua minggu lalu. Dia katanya suka driving, tapi untuk episod orientasi tersebut, pihak producer nak Ji Ye Eun yang drive mereka semua ke satu lokasi untuk berpiknik.
Di sini terdapat satu perkara yang menarik. Ji Ye Eun dah dapat lesen memandu 4 tahun yang lalu, tapi dia tak pernah memandu. Katanya, dia lulus ujian bertulis, terus dapat lesen .
Tak pasti itu jenis lesen yang macam mana, agak pelik kalau lesen untuk memandu diberi kepada orang yang tak tahu memandu. Dia pun masih keliru antara pedal minyak & brek, gear PRND pun tak tahu mana satu guna untuk drive, mana satu untuk parking.
Situasi ni dah macam tengok Richard Hammond ambil lesen memandu di China, hanya perlu squat & ambil berat badan, dah lulus .
Oleh itu setengah daripada episod minggu lalu, adalah mission untuk Ji Ye Eun menghadiri kelas memandu yang diajar oleh Jae Suk, Jong Kook & Choi Daniel.
Menonton Ji Ye Eun dari mula belajar balik memandu belok² sampailah memandu di jalan raya umum & belajar mengisi minyak, buatkan teringat balik masa saya & kakak² baru dapat lesen dulu. Bisingnya dalam kereta dengan ‘tips’ & komen yang merata tempat, lepas tu dengan reaksi yang melebih² membuatkan orang baru dapat lesen jadi nervous nak drive. Bila ada silap sikit, selalu beralasan masih pakai lesen P .
Saya suka tengok video yang memaparkan progress, maju ke hadapan sebegini.
Driving ni sama macam semua perkara lain, kalau nak pandai, kena buat. Kalau buat salah, belajar dari kesilapan & betulkan. Kalau tak pandai bajet berapa banyak nak putar stering atau berapa luas lorong, kena hadap, kena buat silap, bila dah tahu mana yang silap, betulkan dan buat lagi dengan betul.
Karakter Ji Ye Eun yang somel tu sekarang ialah food fighter. Asalnya setiap kali member Running Man berjalan² di sekitar tempat penggambaran, kalau ada tercium bau makanan, Ye Eun mesti dapat teka makanan apa dengan tepat. Lepas tu dia tahu macam² menu makanan & kat tempat² tertentu, makanan apa yang sedap kat situ.
Dalam misi terakhir dia kena pergi drive thru stabak untuk pesan makanan, dapat tengok betapa lancarnya dia menyebut nama menu untuk kesemua 8 orang member Running Man. Dan dia tak lupa nama menu untuk diri dia sendiri.
P.s: Kalau saia pergi order di kiosk McD, lepas tu pergi tandas, membuang sekejap, balik ke kaunter nak pick up, dah lupa tadi order apa .
P.s: Antara perkara yang saya ingat waktu mula² driving dulu, sebab kitorang drive van, Perodua Rusa, pemandu berada di atas tayar depan, jadi cara untuk bajet kedudukan tayar depan ada lain sikit, kena ambil selekoh lebih jauh daripada kereta biasa yang tayar depannya berada jauh di hadapan pemandu.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/11/episod-terakhir-jeon-so-min-bersama-running-man/
13 April 2025