Bejalai gawai ke Tanjung Sepat

Isnin, 2 Jun 2025, 9:30 pm

167F95FF-C594-4568-B216-D1A5CB377A4E.jpeg
Tempat ni dinamakan Lover’s Bridge, tapi ia sebenarnya adalah Jeti Tanjung Sepat, .

Bukan jambatan. Bahkan tak ada papan tanda maklumat berkenaan sejarah jeti ini. Mungkin dipanggil Lover’s Bridge sebab jadi tempat bergambar orang kahwin, sebab background langit dan garis horizon yang cantik.

Bergambar semasa matahari terbenam pun rasanya lagi cantik.

FB3B6D36-2CFE-4368-A06C-C91189315666.jpeg
Ini medan selera MPKL Dataran Tanjung.

Papan tanda yang ada hanya berkenaan perasmian medan selera ini pada tahun 2022. Kawasan sini majoriti orang Cina, jadi gerainya pun kebanyakannya Cina. Ada satu gerai India dan satu nama Melayu tapi tutup, jadi makanan di sini tak dijamin halal.

Tak dapat nak makan², jadi singgah sini untuk ambil video saja:

@azwan082_my

Makan angin laut kat Lover’s Bridge, Jeti Tanjung Sepat

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

Ambil angin laut & dengar bunyi ombak, ni healing ka berjemur? 😅

42B1FEBF-C861-40B8-B3C2-51A6CED4558F.jpeg
Ada apek berswafoto dengan nyonya kat depan medan selera.

Sebelum ni saya drive ke kawasan sini bermula dari arah Bandar Saujana Putra, ke Morib, ke Sepang, dan balik ke Puchong. Kali ini saya guna arah bertentangan, dan dapati tak banyak jem. Kawasan yang selalu berlaku kesesakan ialah dari arah Sungai Pelek ke Bandar Enstek, di mana kawasan tu terdapat pembinaan jalan, hanya tinggal satu lorong untuk digunakan.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1387405222426386/

Tulis komen: