Keputusan perlawanan ke-8 Liga Malaysia 2020

22 September 2020, 10:11 am

JDT vs Selangor - pada separuh masa pertama, formasi Selangor adalah teratur dan kompak, serta high pressing menyebabkan JDT terkial² nak mencari jaringan. Hanya ada sedikit percubaan on-target, dan hanya satu jaringan dihasilkan daripada sepakan percuma Safawi Rasid. Keeper Selangor, Farizal Harun, yang lama tidak diturunkan dalam kesebelasan utama, bergantung sepenuhnya kepada benteng pertahanan, gagal untuk meneka arah sepakan Safawi.