16 Ogos 2020, 10:40 am
Ahad, 16 Ogos 2020, 10:40 am Situation: You have an existing WordPress blog (example.com) and you want to move it to a new domain (example.org) and change the database prefix (wp_ to xp_). #wordpressOgos 2020ShareTweetSaveSendCopy
#wordpress
15 Ogos 2020, 10:00 am
Dalam gambar ialah #jalan Datuk Stephen Yong Link, berdekatan Kuching City Mall. Tapak pembinaan kat tepi jalan ni adalah stesen minyak #Petronas baru yang sedang dibina. Lokasi ni strategik sebab jalan inilah yang akan menyambungkan highway #PanBorneo arah dari Serian ke Bau. Ada jugak tempat untuk jadi pit stop untuk mereka yang nak ke Bau / Lundu / Sematan tanpa singgah di dalam bandaraya #Kuching.
#hargapetrol
#jalan
#Kuching
#PanBorneo
#Petronas
14 Ogos 2020, 11:40 am
Sambung lagi projek #buatjalan kat rumah #kebun #Serian.
#buatjalan
#DIY
#kebun
#Serian
13 Ogos 2020, 11:25 am
Projek korek² tanah #buatjalan kat rumah #kebun #Serian bermula. Saya dengan adik saya menggunakan cangkul untuk membuang rumput dan tanah pada permukaan. Kaedah yang kami guna adalah dengan mengorek lapisan demi lapisan tanah sehingga dapat kecerunan permukaan jalan yang dikehendaki.
#buatjalan
#DIY
#kebun
#Serian
12 Ogos 2020, 11:11 am
Ni projek #buatjalan kat #kebun adik saya kat #Serian, dah mula sejak bulan Jun lalu. Tujuan jalan ini dibuat adalah supaya kereta dapat diletakkan di depan rumah, di bawah bumbung, baru tak kena hujan ☔️ & dekat nak angkat barang.
#buatjalan
#DIY
#kebun
#Serian
11 Ogos 2020, 10:15 am
Hujung minggu lalu, dalam perjalanan ke #Serian, semasa kat #Kuching, cuaca panas dan kering. Kemudian dari kawasan #Padawan ke #Siburan, hujan lebat sepanjang #jalan. Dan bila sampai di Serian cuaca panas kembali, tapi cahaya matahari jadi warna kuning.
#jalan
#Kuching
#Padawan
#Serian
#Siburan
10 Ogos 2020, 10:05 am
Mula dari bawah,
#emau
#makan
9 Ogos 2020, 2:45 pm
Binaan berbentuk silinder, besar 2 lorong jalan & lebih tinggi dari lori treler. Nak kata tiang untuk jejambat, tapi ada satu saja kat sini, #jalan tepi bangunan DUN lama #Kuching. Satu lagi kat Jalan Datuk Merican Salleh lepas bulatan.
#jalan
#Kuching
8 Ogos 2020, 9:35 am
Lepas ulang alik mahkamah, akhirnya #Petronas akan membayar cukai jualan negeri kepada kerajaan Sarawak. 7 anak syarikat Petronas termasuk Petronas Carigali akan didaftarkan sebagai badan yang dikenakan cukai di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri (https://www.utusanborneo.com.my/2020/08/06/petronas-bayar-sst-menerusi-tujuh-anak-syarikatnya).
#hargapetrol
#jalan
#Petronas
7 Ogos 2020, 11:55 am
Inisiatif ePenjana sebanyak RM50 adalah bertujuan untuk merangsang #ekonomi dan menggalakkan penggunaan e-wallet. Sebab tu RM50 yang diperoleh ni tak boleh ditukar jadi tunai, mesti dibelanjakan melalui aplikasi e-wallet seperti Boost.
#duit
#ekonomi
#howto
Mukasurat
111
-
120
→