17 Julai 2020, 11:05 am
Si nuning #emau ni sensitif dengan bau goreng, apa² masakan bergoreng dia nak mintak, lebih² lagi bau ikan goreng, tu favourite dia sampai nak curi dari atas meja. Yang ni dia tercium bau ikan kat kuah laksa, bila diberi, buat tak tau pulak 😒.
#emau
16 Julai 2020, 6:10 pm
Dan mereka menghantar ciapan tipu kononnya mereka nak beri ‘zakat’ bak kata Abdul Wahub dalam 3 Abdul.
#Apple
#Twitter
15 Julai 2020, 4:55 pm
Bagi yang mengikuti saya, sebelum ini saya mengalami masalah tayar #basikal bocor ni di https://azwan082.my/post/18/petang-hari-tayar-basikal-ni-dipam-kemudian-test-sekeliling-rumah. Sebenarnya saya dah pun tampal tiub tayar ini 2 kali dan masih juga bocor.
#basikal
#senaman
#workout
14 Julai 2020, 1:30 pm
Korang biasa mengambil #video menggunakan telefon pintar, ertinya korang dahpun menggunakan piawaian ini. Fail video MP4 yang korang gunakan kebanyakannya di-encode menggunakan piawaian terdahulu iaitu H.264.
#Android
#iPhone
#video
13 Julai 2020, 11:40 am
Ini kerana had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah dikemaskini 3 hari lalu, mengikut kaedah pengukuran kemiskinan yang baru. RM2208 adalah maksimum jumlah pendapatan isi rumah untuk dikira termasuk dalam golongan miskin. Pendapatan isi rumah bermaksud, jumlah bulanan yang diperoleh oleh satu² rumah dengan mengumpul pendapatan kesemua ahli rumah yang bekerja. Kalau satu rumah diduduki keluarga 3 generasi, datuk nenek ada pencen, mak bapak ada pekerjaan, anak pula ada kerja part time, jadi kena jumlahkan kesemua pendapatan mereka untuk sebulan.
#duit
#ekonomi
12 Julai 2020, 9:10 am
Minggu lalu turun, minggu ni naik, apakah itu? 😏
#hargapetrol
#Petronas
11 Julai 2020, 10:30 am
Tidak banyak program candawara yang bertahan selama lebih 10 tahun. Selain #RunningMan, program lain yang berjaya bertahan adalah Infinite Challenge, yang bersiaran sejak 2005 dah pun tamat 2 tahun lalu.
#RunningMan
10 Julai 2020, 10:30 am
Ini berikutan penguatkuasaan caj keluar masuk Brunei yang mengenakan bayaran sebanyak BND3 setiap seorang untuk setiap satu hala perjalanan ⁽¹⁾. Dalam pada itu, tol Jambatan Rasau, yang juga BND3 sekali limpas pula akan dimansuhkan.
#jalan
#Lawas
#Limbang
#Miri
#PanBorneo
9 Julai 2020, 11:35 am
Aviointeriors, pengeluar tempat duduk pesawat dari Itali mencipta kerusi untuk penumpang kapal terbang untuk berdiri sepanjang perjalanan ⁽¹⁾.
#flight
8 Julai 2020, 9:20 pm
Belum diketahui lagi bagaimana nasi goreng yang dibungkus dengan telur goreng ni boleh dapat nama pattaya.
#makan
#Serian