9 Julai 2021, 10:05 pm
Sambung lagi kerja ⁽¹⁾ bikin ⁽²⁾ #kereta ⁽³⁾ #vivaturbo ⁽⁴⁾ tak siap² 😅. Kali ni nak cuba belajar pasang tinted, kat cermin penumpang belakang. Asalnya dah ada tinted, tapi tak ingat berapa VLT, agak² dalam 50%. Yang baru ni nak pasang 5%, biar gelap habis. Disebabkan ini hanya cubaan DIY, jadi tinted asal saya biarkan, tak tanggal.
#DIY
#kereta
#vivaturbo
8 Julai 2021, 8:45 pm
Mulai minggu ini solat Jumaat telah dibenarkan untuk dihadiri tidak lebih 400 orang jemaah di masjid ini ⁽¹⁾, selepas dekat 2 bulan hanya dibenarkan maksimum 15 orang sejak mula PKP hujung bulan Mei lalu ⁽²⁾.
#jalan
#Kuching
7 Julai 2021, 6:55 pm
Datuk Seri Ismail Sabri #DSIS dilantik sebagai timbalan perdana menteri berkuatkuasa hari ni ⁽¹⁾. Beliau yang memegang jawatan menteri pertahanan dalam kabinet #TSMY akan mengekalkan portfolio tersebut. Sejak peralihan kuasa kerajaan dari PH ke PN tahun lalu, TSMY telah menjawat posisi perdana menteri tanpa timbalan, tapi ada 4 orang menteri kanan ⁽²⁾.
#DSIS
#politik
#TSMY
6 Julai 2021, 8:30 pm
Dah lama tak #jalan kat Kpg #Santubong, pantai kat sini pun dah banyak berubah. Nampak macam ramai yang singgah kat pantai ni, daripada kereta yang banyak parking tepi jalan.
#jalan
#Santubong
5 Julai 2021, 8:00 pm
Bagi mereka yang selalu mengedit audio, Audacity adalah antara software yang popular digunakan sebab ia adalah free & open source software (FOSS). Tapi baru² ni selepas projek Audacity diambilalih oleh Muse Group (yang juga empunya website Ultimate Guitar), mereka telah mengubah privacy policy menjadikan ia tidak patuh GPL (GNU General Public License) lagi ⁽¹⁾:
#gitar
4 Julai 2021, 9:30 pm
Pringles & keripik singkong banyak rasa masin, keropok pisang BanaBee pulak ada masam² sikit sebab perisa tomato, last² kerepek pisang ni jugak yang paling best, sebab manis~.
#makan
3 Julai 2021, 2:00 pm
Jalan ini merupakan jalan utama tunggal di kawasan ini yang menyambungkan kampung² yang berselerak dengan pekan #Simunjan dan jalan Pan Borneo. Dalam banyak² kampung, Kpg Kepayan selepas Munggu Lallang menjadi tumpuan sebab terdapat Sungai Rian ⁽¹⁾ yang ada air terjun cantik & menyegarkan, sesuai untuk berkelah & bercamping. Masuk dalam list tempat saya nak lawat nanti lepas PKP.
#BKSSLoop
#dashcamdrive
#Simunjan
2 Julai 2021, 10:40 pm
Ada segelintir penduduk yang sampai berminggu² catu makanan ataupun berlapar. Jiran & penduduk sekeliling ada yang tak tahu pun perihal tu, sebab mungkin mereka yang ditimpa musibah ni berasa malu untuk ketuk pintu rumah jiran untuk minta sedikit makanan macam isteri Ali Baba.
#politik
1 Julai 2021, 9:00 pm
Sela masa antara 2 dos suntikan #vaksin AstraZeneca asalnya 12 minggu bagi membolehkan tahap imunisasi lebih tinggi, telah dipendekkan kepada 9 minggu ⁽¹⁾, susulan penyebaran varian Delta #Covid19 yang lebih mudah menular & lebih teruk kesan jangkitannya.
#vaksin
30 Jun 2021, 8:30 pm
Bulan lalu bunyi berkokok macam suram jak, masih sengong, belum ada energi pada suara, macam bunyi tekukur pun ada. Sekarang dah nyaring berteriak, dapat lawan bapak #ayam yang seekor lagi dalam reban 😆.
#ayam