Apakah maksud laluan kontra?

30 June 2020, 11:35 am

Apakah maksud laluan kontra?

Laluan kontra bermaksud laluan sementara pada #jalan raya atau lebuhraya yang menggunakan lorong pada arah trafik yang berlainan daripada yang asalnya.

Contohnya pada gambar, lorong dari arah bertentangan di sebelah kiri digunakan untuk trafik dari arah asal di sebelah kanan.

Tujuan laluan kontra diwujudkan adalah sama ada untuk menguruskan kecemasan ⁽¹⁾, menyelenggara jalan ⁽²⁾, atau pun untuk mengurangkan kesesakan trafik ⁽³⁾.

⁽¹⁾ www.bernama.com/bm/news.php?id=1855566

⁽²⁾ www.capitalpost.com.my/2020/06/22/jambatan-kedua-pp-ditutup-untuk-kerja-selenggara

⁽³⁾ www.bharian.com.my/taxonomy/term/2644/2016/07/177220/mex-buka-laluan-kontra-percubaan-km115

Pin It Send

Komen sikit: