Ini sebahagian daripada peralatan elektrik yang nak dihantar ke program pengumpulan e-waste esok hari di Metrocity Matang

Jumaat, 2 Oktober 2020, 11:55 am
Kempen ini bertujuan untuk mengumpul barangan elektrikal dan elektronik yang dah rosak & tak digunakan lagi. Daripada dibuang saja ke tempat pelupusan sampah & mencemar alam sekitar, baik dikumpulkan di sini & menukarkannya kepada wang tunai .
Di dalam barangan e-waste ini terdapat banyak komponen yang boleh dikitar dan digunakan semula (upcycle & recycle), termasuk kandungan logam berharga seperti emas dan platinum. Jika dibuang merata, logam berat seperti plumbum, merkuri dan kadmium yang terkandung dalam komponen e-waste boleh mencemarkan tanah & sumber air .
Ini juga salah satu langkah untuk menuju gaya hidup #minimalis, dengan mengurangkan barang² yang dah tak dipakai lagi di rumah, dan claim balik ruang² dalam rumah yang digunakan untuk menyimpan barang² tersebut. Semakin luas rumah, luas juga pemikiran, tak banyak sampah.
Rujuk laman FB Jabatan Alam Sekitar untuk perincian: https://www.facebook.com/doe.gov.my/posts/1604808699681268
Macam ni rupa bubuk yang makan kayu tu
1 Oktober 2020