#MCO
azwan082.my
    • Apps
    • Petrol
    • Live TV
    • Waktu Solat
    • Turutan
    • Terkini
    • Popular

Layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), alhamdulillah

2 April 2020, 3:20 pm

Tapi tak bagi tau pulak termasuk dlm kategori yg mana satu, berapa akan dapat, masuk ke akaun bank mana, bila tarikh masuk, semua info² penting tu. Bila nak masuk ke website LHDN untuk check, server overload pulak 😩.

#duit

Bazaar Ramadan 2020 dah confirm batal?

2 April 2020, 11:15 am

Jadi nanti nak sungkai (buka #puasa / iftar) kena masak sendiri lah 😫?

#puasa #raya

Patut la duduk rumah asyik rasa nak makan

1 April 2020, 11:30 am

Pegi kedai nak beli stok makanan, korang beli makanan ringan macam ni. Bila dah kat rumah, rasa boring² time #MCO ni, tak tau nak buat apa, teringat ada keropok la, biskut la, kopi dalgona la, cucur, kuih muih la, semua jajan yg ada dalam simpanan. Pastu #makan, makan, makan. Kata nak diet.

#makan #puasa

Sedangkan YDP Agong lagi sanggup berkorban

31 Mac 2020, 4:10 pm

Berkorban untuk tidak menerima emolumen diraja untuk 6 bulan, bermula Mac hingga Ogos, di kala ada sesetengah golongan T20 yang menuntut bail-out untuk business mereka, mengugut untuk memberhentikan pekerja. Sesetengah lah, bukan semua. Ada jugak yg hati murni ☺️.

#Agong #duit #ekonomi #YDPA

Cukuplah bekalan protein untuk 2 minggu lagi

31 Mac 2020, 3:10 pm

Saya pilih makanan dalam tin🥫 sebab nak mudah. Lepas tu tak payah nak masak², jimat sikit gas dapur. Kalau gas habis waktu #MCO ni susah nak cari kedai yg buka.

#makan

Tak dapat driving kat luar, kita drive dalam NFS No Limits jak

30 Mac 2020, 5:45 pm

Dah berapa tahun main #game ni, campaign dia masih lagi sangkut kat chapter 14. Kena ada kereta yg minimum 746 PR. Nak buat in-app purchase beli gold pack atau VIP, rasa rugi pulak sebab game ni hanya utk habiskan masa kosong saja, bukan utk jadi atlet e-sports.

#game #kereta

Takda capo gitar, macam ni pun boleh lah 😆

29 Mac 2020, 6:05 pm

Petang² tak dpt keluar ke mana², main gitar jak kerja. Banyak #lagu dah lupa, buka balik ultimate-guitar.com. Hari ni pasang kaset SOAD dgn BFS 🎸.

#gitar #lagu

Harga petrol menurun sejak awal bulan ni, rahmat untuk frontliners

29 Mac 2020, 11:10 am

Imbas kembali #hargapetrol sejak awal tahun ni. Ia berada dalam trend menurun, kemudian naik sikit pada tengah Februari, sebelum jatuh mendadak pada bulan Mac:

#hargapetrol #kereta #Petronas

Proses disinfeksi lantai rumah

28 Mac 2020, 12:35 pm

Dengan cara mengemop seluruh lantai rumah, menggunakan pencuci lantai Dettol dengan pewangi epal hijau.

Makcik Kiah dapat bantuan & penjimatan yg berjumlah lebih 8000 ringgit

27 Mac 2020, 4:05 pm

Berapa pula jumlah yg akan anda peroleh di bawah Pakej Rangsangan #ekonomi Prihatin Rakyat?

#duit #ekonomi #TSMY

2008-2025 © azwan082.my (003610659-K)
Privacy Policy · Terms & Conditions