Resipi kentang goreng guna ketuhar
Jumaat, 23 Ogos 2019, 6:00 pm0
Kentang goreng (fries) dalam ketuhar tanpa minyak (jadi kentang bakarlah kan? )
① ② – Untuk kentang jenis wedges saya suka jenama Talley’s ini yang diimport dari New Zealand, tapi harganya tidak berapa mahal, dalam RM6-7 untuk sebungkus 1kg.
③ ④ – Untuk jenis shoestring atau crinkle cut pula, mana² pun OK, tapi saya selalu pilih Talley’s sebab potongan kentangnya yang tebal, dan juga jenama Begum sebab murah.
Kalau nak gunakan kentang asli, yang tidak diproses, sebaiknya gunakan jenis Russet potato, isinya tidak keras, agak hancur selepas dimasak. Potong kentang kemudian taburkan garam, serbuk bawang putih (garlic powder), serbuk bawang (onion powder) dan serbuk paprika. Gaulkan dan boleh terus letak pada dulang dan masak dalam ketuhar. Saya belum jumpa lagi pasaraya yang menjual kentang Russet di Kuching, jadi belum dapat komen lanjut pasal resipi ni.
Cara untuk memasak kentang ini di dalam ketuhar:
i. Letakkan kentang pada dulang ketuhar, tak perlu dicairkan jika disimpan dalam peti sejuk
ii. Ketuhar kami adalah jenis berkipas dan elemen pemanas ada pada bahagian atas dan bawah ketuhar. Gunakan tetapan pemanas atas & bawah
iii. Pilih suhu 250°C dan bakar selama lebih kurang 30-33 minit.
Hasilnya, kentang agak rangup, warna keperangan, dan paling penting, tiada minyak. Rasanya mungkin agak tawar (plain), bagus dimakan sambil dicicah sambal, sos cili ataupun Sriracha .
—
Ikuti Instagram dan Facebook untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru blog ini.
Pin this image:
30 Ogos 2019