Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Sekaranglah masanya untuk mempraktikkan makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan

wm_93045599_134729431430208_1278416282877689856_n.jpg

Jumaat, 10 April 2020, 9:25 am0

Apa bezanya? Makan untuk hidup – kita sekadar cukup² supaya kita kekal hidup, ada tenaga & tidak mati kebulur. Hidup untuk makan – tujuan hidup adalah untuk makan, selalunya makan mesti nak yang sedap², yang mewah², makan banyak² melebihi kemampuan perut sendiri.

Ada tak orang yg anda kenal, atau anda sendiri, yang sanggup jalan jauh semata² hanya untuk makan? Yang duduk KL sanggup ke Penang hanya untuk makan nasi kandar, lepas tu pulang. Nak penuhkan nafsu makan tu sanggup berhabis duit petrol, duit tol, habis masa berjam² atas jalan, habis tenaga nak pandu kereta. Inilah hidup untuk makan, satu tabiat membazir, terlalu ikut nafsu makan.

Sebaiknya makan mengikut keperluan badan. Kalau korang bekerja yg melibatkan fizikal, seperti buruh binaan atau atlet sukan, makanlah banyak karbohidrat, untuk dapatkan tenaga. Kalau kerja hanya duduk di pejabat, banyakkan makan makanan tinggi serat dan rendah kalori, seperti sayur²an dan buah²an, supaya tahan rasa kenyang.

Sekarang sudah masuk zaman kemelesetan ekonomi. Ramai yang akan merasa terbeban walaupun untuk membeli barangan keperluan terutamanya makanan. Oleh itu banyakkan berjimat cermat, makan hanya untuk dapat tenaga, ikat perut, puasa, masak makanan jangan terlampau banyak, ataupun kalau beli makanan cepat rosak seperti roti, jangan beli banyak sangat, nanti kalau tak habis makan, dah basi atau expired, lalu dibuang begitu saja. Ramai lagi orang lain yg memerlukan makanan yg dah dibuang itu tadi. Beringatlah dengan orang lain.

hari ke-24

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/134729424763542/

Tulis komen: