Le tuo de Sebuyo
Ahad, 20 September 2020, 5:20 pm0
Dalam perjalanan dari Samarahan ke Sebuyau, terdapat beberapa kelompok pengayuh #basikal yang menggunakan jalan utama ini untuk aktiviti mereka hujung² minggu. Tak sempat nak ambil gambar, tengah driving kat jalan sibuk & sempit.
Beberapa hari lalu saya dengar berita yang basikal tidak dibenarkan di lebuhraya sebab berbahaya. Betul, banyak #kereta laju, sampai lorong motosikal & lorong kecemasan pun mereka pakai .
Tapi tak kurangnya bahaya guna #jalan utama persekutuan, macam jalan ni yang menuju ke Sebuyau. Sepanjang jalan dari Samarahan, kelebaran jalan tak cukup, rasanya terlalu sempit, sampai kancil pun nak penuh satu lorong. Kalau lori, habis makan lorong sebelah .
Paling bahaya kalau ada pengayuh yang tertinggal dari kelompok lain. Dalam trafik yang sibuk, mereka yang berbasikal sorang² atau dua tiga orang pun kadang² terlepas pandang. Kat jalan utama dah tentu orang drive laju², risiko dilanggar tu sangat tinggi, tambah lagi jalan yang tak rata, kualiti rendah, takut ada yang tak sempat brek.
Sementara jalan ni tengah dinaiktaraf untuk jadi jalan utama kedua (2nd trunk road), baik lebarkan jalan, tambah lorong motosikal / basikal di sepanjang jajaran. Kan kerajaan Sarawak dah dapat duit cukai dari Petronas, apa lagi?
Parcel dari Malaya pusing ke bulan dulu baru sampai ke Sarawak?
21 September 2020
Petronas bayar cukai SST + harga petrol minggu ke-4 September 2020
19 September 2020