Tugu Memerang, mercu tanda pekan Balai Ringin
Sabtu, 16 Januari 2021, 9:20 am0
Landmark Balai Ringin.
Nama pekan Balai Ringin berasal daripada perkataan ‘beringin’ bermaksud ‘memerang’ dalam bahasa Iban ⁽¹⁾. Oleh itu, tugu memerang ini adalah #mercutanda kepada pekan ini.
Pekan ini yang bersebelahan dengan Sungai Krang ini juga popular dengan ikan air tawar yang banyak dijual di pasar basah di sini. Mungkin juga kerana banyak ikan, banyak juga memerang .
Namun disebabkan pembinaan #PanBorneo, tugu ini terpaksa dialihkan ke tepi & batu dengan tulisan selamat datang dah tak ada lagi. Pembinaan jambatan baru turut menyebabkan semakin kurang ikan dijual di pasar basah.
Persekitaran tugu ini dapat dilawati melalui gambar #panorama360 di sini:
—
Sementara itu, #hargapetrol minggu ke-3 Januari 2021, semua naik:
RON 95 – 1.89 (+0.05)
RON 97 – 2.19 (+0.05)
Diesel – 2.05 (+0.03)
⁽¹⁾ https://mafimusykilah.wordpress.com/2012/10/28/aidiladha-di-bumi-kenyalang/
Tugu Buah Durian, mercu tanda bandar Serian
17 Januari 2021
Tak tau berapa tinggi air banjir awal pagi tadi
15 Januari 2021