Jalan² tengok empangan sungai kat Kampung Mongkos

167534292_279354930300990_1392131189777915534_n.jpg

Ahad, 4 April 2021, 9:30 am1,060

Semalam saya ada share video tempat ni kat IG:

Tengok kat Instagram

@azwan082

Ada yang komen macam kat Jepun. Saya belum sampai Jepun lagi, entah la sama ke? 😅

Mulanya saya terjumpa tempat ni selepas ‘jalan²’ dalam Google Maps 😁. Selepas memandu di sekitar Bau, Padawan & Tebedu, disebabkan geografi di sana yang berbukit dan banyak sungai, saya lihat banyak tempat dijadikan kawasan jungle trekking & kawasan sungai dan air terjun dijadikan kawasan rekreasi.

Jadi saya cari kat Google Maps, mana² yang masuk ke dalam kampung² dan cuba tengok kalau ada tempat² menarik seperti sungai, tasik, empangan atau jambatan gantung, tempat yang umum (public places). Kalau Empangan Bengoh, kawasannya berpagar, bukan tempat umum. Tu yang berminat nak ke Kampung Mongkos ni.

Setahu saya, ada juga tempat lain yang ada empangan macam ni, seperti kat Ranchan & sungai dekat Kampung Koran, di . Yang menariknya empangan Kampung Mongkos ni, ia masih terjaga. Tak banyak sampah sarap tersekat pada empangan.

Kali terakhir saya tengok sungai kat Ranchan, empangan yang dekat dengan air terjun, dah dipenuhi daun² pokok yang gugur, dan disebabkan batu pasir yang terkumpul, air empangan dah jadi cetek.

Kat Mongkos ni, airnya masih dalam. Waktu saya ambil video ni, sempat juga kanak² kampung main terjun² mandi sungai. Empangan ni rasanya dah lama dibina, dah nampak beberapa kawasan mendap di sekeliling empangan & tebing sungai.

Kampung Mongkos terletak kira² 45 km dari bandar Serian. Guna jalan ke Tebakang, kemudian ke Bunan Gega, melintas Kampung Mujat terlebih dahulu sebelum sampai ke Kampung Mongkos.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/279354953634321/

Pingback: Jangan laju sangat, jalan tak rata & licin waktu basah, BKSS part 8

Tulis komen: