Jalan² kat FAC tak ada roblok 

Ahad, 13 Jun 2021, 9:30 pm
Dari bulatan Santubong hingga simpang Telaga Air, tak ada roadblock, sebab tu nampak ramai guna #jalan ni drive perlahan².
Moto rempit pun banyak laju² buat eksen suparman kat sini. Kalau ada pulis yang baca ni, tolong pegi spot check kat jalan FAC mula dari simpang ke Matang Hilir menuju Telaga Air waktu petang², boleh dapat hasil tangkapan banyak .
Setakat ni saya jumpa 3 roadblock #MCO dalam bandar Kuching:
- Jalan Datuk Abdul Rahman Yakub, lepas bulatan underpass Petra Jaya menuju jambatan Sg Sarawak.
- Jalan Green, dekat stesen Petronas, arah dari Wisma Saberkas ke Satok.
- Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, sebelum simpang Jalan Pisang, arah dari SGH ke Satok.