Nampak bintang kejora
Sabtu, 4 September 2021, 7:00 pm0
Selalu dengar dalam lagu, disebut bintang kejora, tapi sebenarnya itu bukan bintang. Ia adalah planet Zuhrah (Venus), planet paling dekat dengan bumi arah mendekati matahari, kalau Marikh (Mars) pula arah menjauhi matahari ⁽¹⁾.
Ia nampak terang sebab kedudukannya lebih dekat dengan matahari & memantulkan lebih banyak cahaya. Ada juga bintik² cahaya yang boleh nampak waktu matahari terbenam, tapi kedudukannya cepat berubah, itu mungkin satelit.
Kalau bintik cahaya tu berkelip² & nampak bergerak laju, itu mungkin belon atau halikuptaa!
Cuba cari mana bintang kejora dalam gambar ni . #fotografi
Berita berkaitan #astronomi hari ni: fenomena suar suria (solar flare) yang berlaku 28 Ogos lalu tidak mengakibatkan ribut geomagnetik di bumi ⁽²⁾. Suar suria merupakan fenomera letusan tenaga yang berlaku di permukaan matahari, yang membebaskan sejumlah besar partikel berion (ionised particle) bebas ke ruang angkasa. Partikel ini apabila tiba di bumi, boleh mengganggu operasi satelit & sistem telekomunikasi manusia secara global.
⁽¹⁾ https://utusantv.com/2021/04/10/inilah-dia-bintang-kejora-yang-sering-disebut-dalam-madah-pujangga-melayu/
⁽²⁾ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/750863/tiada-ribut-geomagnetik-landa-bumi
Jalan² tengok matahari terbenam kat Damai Central
5 September 2021
Stesen Petronas kat sini ada bilik mandi
3 September 2021