Dua tahun tak ke Serikin, dah penuh belukar gerai² yang terbiar

Rabu, 27 Oktober 2021, 7:40 pm

Dua tahun tak ke , dah penuh belukar gerai² yang terbiar.

Sejak mula pandemik tahun lalu, peniaga dari Indonesia tak dapat berniaga kat sini, sehingga sekarang, sempadan negara masih lagi tutup. Banyak gerai² di tepi di sini dah dipenuhi rumput & tumbuhan menjalar naik hingga ke atap. Kat tempat parking sini pun dah makin menebal rumputnya, dulu hanya nampak batu saja.

Ada dengar berita yang tapak gerai di sini nak dinaiktaraf, tapi tak nampak apa² kerja pembinaan. Beberapa gerai dah takda, mungkin dirobohkan atau roboh kena ribut. Kebetulan waktu saya tiba, hari hujan langit kelam.

Walau bagaimanapun, masih terdapat kedai peniaga tempatan yang buka, seperti kedai runcit dalam gambar, dan sebuah kedai kraftangan di lot kedai bersebelahan.

Sebelum saya balik, terlihat satu lori treler bawa kontena panjang 40 kaki keluar dari jalan arah dalam kampung 😳. Dari mana treler tu datang? Dapat juga muat lalu jalan yang sempit kat sini 🧐.

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/408122504090898/

Tulis komen: