Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Taman Lalulintas, Kenyalang Park, dalam album panorama 360

244314268_393000688936413_7783067422855787263_n.jpg
244179427_393000668936415_8626826008112807431_n.jpg

Isnin, 4 Oktober 2021, 6:45 pm0

Taman Lalulintas ini telah dirasmikan pembukaannya pada tahun 1973. Projek meluaskan & menambahbaik kawasan rekreasi ini di bawah MBKS telah bermula November tahun lalu, dengan menambah laluan joging yang menghubungkan lorong² rumah di perumahan berdekatan, membina jambatan & pavilion, menukar tempat letak basikal kepada tempat duduk berbumbung serta menaiktaraf tandas awam. Mengikut laporan berita ⁽¹⁾, projek ini dijadualkan telah siap Ogos lalu.

Semasa saya datang sini, terdapat beberapa tebing simen pada laluan joging yang baru saja dibuat, simennya masih belum kering. Kat pavilion bersebelahan Jalan Wan Abdul Rahman, masih ada blok plastik penghadang tapi dah boleh berjalan masuk ke sana. Mungkin projek dah siap cuma belum dirasmikan lagi.

Kat taman lalulintas ini terdapat model jalan raya, bulatan, simpang dengan lampu isyarat dan jejantas yang bersaiz mini. Waktu sekolah rendah dulu ada pertandingan lalulintas Shell yang mana pelajar sekolah rendah bertanding sebagai pengguna jalan raya, termasuk pejalan kaki, untuk mematuhi kesemua undang² jalan raya. Mungkin taman ini digunakan sebagai ‘stadium’ untuk pertandingan peringkat akhir. Terfikir pulak sekolah sekarang ada tak buat pertandingan macam ni, supaya budak² yang meningkat dewasa kenal & faham dengan undang² jalan raya.

Ramai penduduk di taman perumahan berdekatan turun ke sini beriadah petang². Majoritinya warga emas yang dah pencen, duduk² lepak & berborak sesama mereka. Cuma di sini ada beberapa ekor anjing berkeliaran, mungkin milik penduduk di taman perumahan, jadi kalau takut anjing, sini tempat sesuai untuk bersenam berlari² ketakutan dikejar anjing 😆.

Jambatan pelangi ini satu binaan baru yang nampak menarik, tempat sesuai untuk ambil gambar letak kat IG. Cuma kalau gayat, jangan tengok ke lantai jambatan, boleh nampak terus parit kat bawah sebab dibina menggunakan jaringan plat besi. Kat pavilion situ pun sama, tapi tak la tinggi sangat.

Jom jalan² kat taman ni dalam album :

⁽¹⁾ https://dayakdaily.com/kenyalang-parks-expansion-and-community-rejuvenation-programme-ready-by-aug/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/393000762269739/

Tulis komen: