Berapa harga minyak tanah (kerosene)?
Khamis, 17 Februari 2022, 5:55 pm1,319
Berapa harga minyak tanah (kerosene)?
Dah lama tak update #hargapetrol, sejak harga RON 95 dah capai had harga siling. Semalam RON 97 naik lagi, jadi:
RON 95 – 2.05
RON 97 – 3.27
Diesel – 2.15
Satu lagi jenis minyak yang sekarang hanya dipakai pada waktu raya untuk nyala pelita, iaitu minyak tanah, atau kerosene. Dulu² seingat saya kat stesen petrol ada pam khas untuk jual kerosene, contohnya kat stesen Shell dalam bandar Serian, tapi sekarang macam dah tak ada lagi.
Baru² ni terjumpa botol minyak tanah tulen kat Mr. DIY. Tengok harga untuk 330ml RM4.50. Jadi harga kerosene sekarang ialah kira² RM13.64 seliter .
P.s: kalau naik belon, mesti ada cium bau minyak tanah. Enjin kapal terbang guna minyak tanah ka?