Rebus ramyun dalam mangkuk kertas
Sabtu, 23 April 2022, 8:30 pm
Dalam #RunningMan episod 599 minggu lalu ⁽¹⁾, perhatian saya tertumpu pada mesin merebus ramyun yang Haha guna ni. Yang menariknya, mangkuk yang digunakan untuk memasak mi ialah jenis diperbuat daripada kertas, bukannya aluminium.

Dalam satu episod 2wice Date ⁽²⁾, #트와이스 Sana & Chaeyoung pun pergi berpiknik di tepi Sungai Han dan memasak ramyun menggunakan mesin ini.

Agak ajaib lihat bagaimana mangkuk kertas ni tak bocor atau terbakar bila digunakan untuk merebus air & memasak mi di atas dapur yang saya agak mungkin infrared cooker.
Beza antara induction cooker & infrared cooker ialah:
- Induction cooker – menghasilkan gelombang elektromagnet untuk menjana haba pada plat di dasar periuk atau pan khas untuk induction cooker
- Infrared cooker – menghasilkan haba menggunakan gegelung pemanas untuk memasak makanan dalam periuk
Bila saya lihat pula pada video seorang artis solo K-pop bernama Sibong ini ⁽³⁾, rupanya mesin ni dah lama wujud kat Korea, sejak 2017 lagi. Dia ada menunjukkan cara menggunakan mesin tersebut.

Mangkuk kertas nampaknya terdapat lapisan nipis kalis air di dalamnya, yang mungkin juga diperbuat daripada aluminium. Pada mesin masak ramyun tu pula, ada pemasa di mana mi boleh masak dalam 3 ke 4 minit.
Air untuk memasak pula disediakan menerusi paip pada mesin tersebut, yang saya rasa mungkin air panas. Sebab tu air tu boleh menggelegak dalam masa singkat & tak membocorkan mangkuk kertas tersebut.
⁽¹⁾ http://kshow123.net/show/running-man/episode-599.html
⁽²⁾ https://youtu.be/kh4S0lU4SX4
⁽³⁾ https://youtu.be/6lovE26bNXE
24 April 2022
20 April 2022