Orang lain beli crypto waktu harga rendah
Isnin, 30 Mei 2022, 8:55 pm0
Saya pulak terbeli ETH pada beberapa hari sebelum harga jatuh . Sekarang dah dekat sebulan harga berlegar separuh daripada harga belian.
Tujuan saya beli ETH ni pun sebenarnya untuk test Coinbase payment gateway, Coinbase tak support testnet, terpaksa guna #crypto dari network sebenar.
Kebanyakan crypto utama seperti Bitcoin & Ethereum jatuh nilainya sejak awal bulan ni. Berita paling gempar ialah crypto Terra Luna yang jatuh harganya dari $120 per coin hingga bawah $1 satu coin ⁽¹⁾.
Ada dengar cerita orang keluarkan 10k dari KWSP untuk dilaburkan semua ke Terra Luna. Bayangkan dari RM10,000 yang tinggal hanya kurang dari RM100, 99% nilainya lesap begitu saja. Nilai kurang seratus ringgit tu pun entah dapat lagi ke tak tukar ke cash balik, network Terra Luna dah di-off ⁽²⁾.
Nasib baiklah saya hanya labur RM10 saja ke ETH, boleh nampak daripada 10 ringgit tu sekarang tinggal RM6 lebih, kira² RM3 nilainya hilang, bukannya 3 ribu .
Bila difikirkan balik, tengok harga #BTC sekarang dalam RM133,000 per coin, dan #ETH dalam RM8,200 per coin. Nilai beribu² ringgit ni tak disandarkan dengan apa² aset pun, hanya bergantung kepada spekulasi semata² untuk mengawal kadar permintaan & tawaran coin tersebut. Bila² masa saja harga satu BTC boleh jatuh bawah RM1 per coin, kalau orang seluruh dunia berhenti mahu beli BTC (dah tak ada permintaan).
Saya rasa crypto ni buat masa sekarang mungkin sesuai sebagai instrumen pelaburan jangka pendek yang nilainya sangat cepat naik turun (volatile) berdasarkan spekulasi pelabur. Dan pelabur kena cepat untuk cari & pilih peluang & masa bila nak beli & bila nak jual crypto untuk mendapatkan pulangan yang maksimum.
⁽¹⁾ https://www.makeuseof.com/why-has-terras-luna-price-crashed/
⁽²⁾ https://markets.businessinsider.com/news/currencies/terrausd-terra-luna-price-crash-network-turned-off-crypto-market-2022-5
Tortilla wrap lagi untuk gawai
1 Jun 2022
Mencuba menu sedia dimakan Chindoo
28 Mei 2022