Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Semua dah pakai skrin

Rabu, 25 Mei 2022, 9:55 pm0

283699860_537649331138214_722089697567963106_n.jpg
Kiosk layan diri McD.

Tak susah kalau salah sebut nama menu atau cashier susah nak dengar. Nak ubah² (customize) menu pun senang. Order melalui app & bayar online, pastu pergi ambil kat outlet atau pesan delivery pun dapat, macam² dah pilihan ada, kalau nak dibandingkan beberapa tahun lalu.

Dulunya nampak berbeza cara McD & KFC menyiapkan order. McD ambil order untuk beberapa orang customer, kemudian disiapkan sekaligus & serahkan yang mana order yang siap dulu. KFC pula ambil order seorang customer, siapkan order & serahkan kepada customer, baru ambil order customer lain. Sekarang dua² dah hanya pakai kiosk dengan touchscreen begini.

Situasi ini yang saya ingat dulu yang KFC sebagai single-threaded processing, dan McD pula multi-threaded. Waktu tu pun saya baru mula buat mobile app, baru buat secara praktikal concurrency programming & thread safety. Biasa buat web programming guna PHP tak ada benda multithreading ni.

283772804_537649334471547_1154926250221329978_n.jpg
Check beg bungkusan sebelum buang.

Kalau order McD takeout ada pilih menu fries, check dulu dalam beg kertas ni sebab selalunya ada lebihan fries yang tertinggal kat dalam. Rugi kalau terus dibuang 😆.

Sekarang saya lebih suka tapau dalam kereta. Tapi saya tak gemar guna drive through. Bukan sebab bawa manual, sebelum ni bawa auto pun tak juga minat nak berbaris dalam kereta, rasa macam tersangkut kat jem. Bagus lagi parking & pastu berjalan masuk kedai, at least ada eksesais cukupkan 10k langkah sehari 😅.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/537649377804876/

Tulis komen: