Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ada apa dalam semak?

Jumaat, 29 Julai 2022, 8:35 pm0

296016352_714937826339799_6956964607330703251_n.jpg
Camouflage
296347182_714937839673131_6172697469388401382_n.jpg
Ada nuning 😸.

Dah zoom in masih tak berapa nampak 😅.

Rutin parking saya sekarang, separuh hari letak kat parking pasaraya Sunshine, bayar guna Touch n’ Go, dalam RM6-7 untuk kira² 4 jam.

Selalunya saya makan tengahari dalam kereta, sambil tengok kucing di sekeliling ⁽¹⁾ 😆.

Lepas tu, alihkan kereta ke parking luar, di belakang pasar ikan Bayan Baru di sini. Bayar parking guna app Penang Smart Parking, RM3.20 untuk 4 jam. Kalau pilih parking sehari (8 pagi – 6 petang), bayar RM6.

Dari tengahari tadi tengok ada 2 ekor si nuning mata oren beristirahat kat semak di pangkal pokok ni. Mungkin sejuk kat situ, ada kena teduh pokok tinggi & pokok bunga hiasan.

Selalunya waktu tengahari, kawasan parking kat sini banyak kosong. Tapi dalam seminggu ni semakin penuh pulak, sampai kena tawaf 2-3 kali 🥵.

Selamat tahun baru, salam maal hijrah.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/07/emau-beranak-5-kat-parking-pasaraya-sunshine/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/714937889673126/

Tulis komen: