Dalam banyak² telur ni mesti ada yang tembelang

295528061_711444956689086_557888890007647360_n.jpg

Ahad, 24 July 2022, 2:55 pm

Dalam banyak² telur ni mesti ada yang tembelang.

Sebelum ni hanya jumpa telur dengan tray plastik, paling banyak 15 biji saja. Yang ni dah ada sampai 24 biji. Tray kertas pula standard 30 biji.

Ada isu kebolehpercayaan pada telur² yang dijual banyak² begini. Kalau saya beli, mesti ada paling tidak sebiji yang retak. Bila retak, isi telur yang baik akan jadi busuk. Selalunya bila dah ada lalat halus hurung tu ada la telur yang buruk.

Telur tembelang pula kadang² tak retak, ada yang kulitnya agak nipis, atau bila goncang, rasa macam ada air kat dalam (telur bagus akan rasa cecair pekat kat dalam), pastu kalau letak dalam air, telur tu akan terapung.

Sekarang kalau nak masukkan telur dalam masakan, kena pecahkan dulu dalam bekas untuk periksa, ok atau tak. Pernah sekali saya masak megi goreng, pecah telur tapi isinya dah busuk, terpaksa semuanya dibuang 🤢.

Rasa rugi pulak lepas dibuang. Terfikir kalau kat restoran atau kilang, apa yang akan dibuat kalau ada telur tembelang masuk dalam masakan, supaya dapat kurangkan kerugian, daripada penundaan operasi (untuk kerja pembersihan) atau terpaksa masak sekali lagi.

Rasanya awal² lagi mereka dah ada SOP untuk menapis telur² yang buruk, paling mudah dengan kaedah telur terapung.

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: