Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Solo camping kat UTP - UTP Alumni Homecoming 2022

Ahad, 18 September 2022, 8:55 am0

Tengok video ni kat :

▶ https://youtu.be/lLz-8qzDVH8

Beberapa trivia untuk trip kali ini:

  • Bila sampai UTP, jadi sesat sekejap. Tak tau kena register atau kat mana nak register, tak tau kat mana bilik air dekat tapak camping. Tanya pak guard pun diorang tak tau. Pergi ke event BBQ pun rasa agak janggal, macam tiba² datang terus makan free 😅.

Event organiser mungkin kena perbaiki isu komunikasi ini, contohnya invite kesemua nombor telefon yang dah register untuk sertai event ini ke dalam WhatsApp group, macam yang EvoClub event buat. Senang untuk update kesemua peserta berkenaan aktiviti atau informasi penting. Selepas register, saya hanya dapat confirmation email tanpa maklumat person-in-charge. Email pun daripada automated system & direct message kat Facebook page pun tak ada reply 😐.

  • Khemah ni saya baru beli kat Giant 2 hari sebelum ke . Saya pilih saiz untuk 4 orang, single layer, sebab tengok ada diskaun, tapi tak periksa harga waktu bayar. Dah balik rumah tengok resit, masih harga asal 😔. Takpa lah, selagi harga tak lebih 100 ringgit.
  • Saya tak dapat tidur lena sewaktu camping, sebab bunyi bising daripada orang ramai yang masih berada di sekitar kawasan camping, sehingga jam 4 pagi. Ada yang berborak², ada yang bersukan terjerit², ada yang bawa motor ekzos meletup² 🥴. Ingatkan student² semua balik cuti.
  • Semasa memilih khemah untuk dibeli, tak perasan pulak warna khemah ni macam warna logo UTP – emas / jingga dan biru. Pada satu ketika saya terjaga tengah malam, dengar suara macam student dari Egypt jalan² dekat sambil cakap ‘masya-ALLAH!’, pastu menyebut perkataan UTP & ‘khemah’ dengan huruf kha (خ) yang jelas makhrajnya 😅. Dari situ saya dapat tafsir maksud brader tu yang dia tengok warna khemah saya ni warna UTP 😆.
  • Plan asal selepas camping kat UTP, nak sambung ke Gunung Jerai, tapi disebabkan rasa kurang rehat, saya balik terus ke Penang. Lain kali lah 😅.
  • Saya ada bawa sedikit bahan makanan mentah, sebab plan nak camping 2 hari. Pagi hari sebelum masak air buat teh, saya dapati telur yang saya bawa pecah, habis kotor dalam beg simpan makanan. Ambil banyak masa saya pagi tersebut untuk bersihkan beg, buang telur yang pecah & sampah sarap yang lain.
  • Selepas kemas khemah, saya terlupa kat mana letak jam tangan. Ingatkan terbungkus sekali dalam khemah. Agak lama jugak bongkar balik semua beg, tak jumpa² jugak. Sekali dah balik rumah, baru terjumpa dalam beg pakaian 😩. Ini juga antara faktor saya balik terus rumah, macam² hal tak kena ni, macam ada petanda jak.

Setidak²nya kali ni saya dapat proper souvenir dari UTP 🤣.

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/749367686230146/

Pingback: Keputusan perlawanan ke-18 Liga Super 2022

Pingback: Camping dalam hujan kat The Treasure @ Taman Herba, Gopeng (#UTP Homecoming 2023)

Tulis komen: