Berjalan-jalan di tepi empangan (Mengkuang Dam)
Rabu, 9 November 2022, 1:45 pm0
Empangan Mengkuang ini terletak berdekatan Kulim, #Kedah, tapi masih dalam sempadan negeri #Penang.
Mulanya saya hanya plan nak singgah ke Lotus’s Kulim. Kat tempat parking pasaraya tu banyak burung layang², entah² ada rumah burung berdekatan.
Untuk ke empangan ini, kena letak kereta kat padang di bawah. Pastu kena berjalan kaki naik kira² dalam 200-300 meter ke #jalan kat atas.
Saya datang tak sedia pun untuk beriadah, hanya pakai selipar Asadi berjalan kaki di sepanjang laluan empangan ini.
Tak macam empangan Teluk Bahang yang nampak semakin cetek ⁽¹⁾.
Saya cuba sukat panjang empangan ini menggunakan Strava.
Tak termasuk berjalan dari tempat parking, naik ke atas ke tengah empangan, pastu berjalan ke hujung sebelah barat. Kemudian sukat jalan hingga hujung sebelah timur, dan kembali ke tengah empangan sebelum turun balik ke tempat parking.
Hasilnya, kaki pun banyak melecet .
Jadi dekat 4 km tu sebab saya berjalan kaki ulang alik, eksesais #senaman #workout.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/05/pemandangan-dari-seberang-empangan-teluk-bahang/
Boleh buat Central Park kat sini
10 November 2022
Melawat memorial tsunami di Kota Kuala Muda
8 November 2022